Stop 13
Pameran 6: Rencana “Beberapa Pemikiran Mengenai Seni”
Archive
3213.Pameran 6: Rencana “Beberapa Pemikiran Mengenai Seni”(0:00)
0:00
0:00
Artikel ini memberikan kita satu imbasan luar biasa dan memberi gambaran jelas ke dalam falsafah di sebali amalan artistik Chen. Ditulis dalam bahasa Mandarin, ia telah diterbitkan dalam akhbar Shanghai pada tahun 1943, tahun yang sama Chen mengadakan satu pameran utama di Hotel Metropole Shanghai.
Tajuknya diterjemahkan sebagai “Beberapa Pemikiran Mengenai Seni”. Di sini, Chen menyatakan yang beliau gemar melukis lanskap, flora, dan masyarakat. Beliau menulis bahawa beliau terutamanya tertarik untuk menggambarkan kehidupan harian orang ramai, kata beliau: "Jiwa manusia itu penuh kegirangan, segar dan rancak.”
Paling penting sekali, Chen berkeras bahawa beliau tidak melukis dari imaginasinya. Di sini, beliau menegaskan bahawa "Lukisan yang berdasarkan imaginasi tidak pernah akan dapat mencerminkan perkara yang sebenar". Maka, semua karya beliau berasaskan objek, orang, atau kejadian dari dunia di sekelilingnya. Beliau menulis: "Saya melukis apa saya lihat, sama ada ia sebuah lanskap atau satu bentuk figur". Potret, lanskap , dan “still life” yang anda temui dalam pameran ini semua mengikut falsafah ini.
Chen ialah berpegang teguh kepada peraturan-peraturan klasik lukisan, yang beliau patuhi dengan tegas dalam amalannya. Beliau menerangkan kepentingan chiaroscuro dalam lukisan-lukisannya. Chiaroscuro merujuk kepada keseimbangan antara cahaya dan kegelapan, dan kontras antara kedua-duanya, dalam karya lukisan. Karya seni yang "tidak memberi perhatian kepada cahaya dan kegelapan menjadi sederhana dan tiada jiwa", tulis Chen.
Misalnya, dalam lukisan “still life”, kedudukan bayang antara objek , dan lokasi punca cahaya, boleh mewujudkan satu perasaan dimensi dalam kerataan kanvas. Ini boleh dilihat dalam karya di galeri ini seperti Pinggan Naga dan Still Life Tebu.
Fikir kembali kepada lukisan yang telah anda lihat di pameran ini dan bagaimana Chen mematuhi falsafah ini dalam penyampaian subjeknya. Pastikan anda perhatikan contoh-contoh lain sedemikian sambil anda meneruskan lawatan anda.
Pelbagai prinsip ini menjelaskan mengapa karya Chen sangat konsisten, walaupun setelah menyesuaikan penggunaan warna dan komposisinya menurut persekitaran yang berubah-ubah dan pengembaraan beliau yang kerap dalam beberapa tahun.