Stop 12
Keluarga Hakka
Georgette Chen
Artwork
3212.Keluarga Hakka(0:00)
0:00
0:00
Lukisan pemandangan dalaman seorang ibu ini dan tiga orang anaknya adalah salah satu daripada karya terbesar dan paling penting Chen. Ketika lukisan ini dihasilkan, Chen telah pun melukis beberapa karya menampilkan subjek ibu dan anak. Di sini, beliau menerokai keeratan hubungan dalam kumpulan keluarga lebih besar, menggambarkan kelembutan dan hubungan rapat keluarga antara satu sama lain.
Subjek untuk Keluarga Hakka yang tidak dikenalpasti telah disusun dalam formasi segi tiga. Ibu ditempatkan di puncaknya sebagai kepala keluarga , dan dua orang anaknya yang lebih tua berada di bahagian bawah. Topi dan buluh kandar di sebelahnya sebagai lambang perlindungan dan kerja keras.
Ibunya, yang sedang menyusukan anak bongsunya, turut diikuti di mana anak sulungnya sedang menyuapkan semangkuk nasi kepada adiknya. Kelakuan mengasuh ini mencadangkan bagaimana rasa sayang dilanjutkan merentas generasi.
Chen jarang sekali melukis potret dengan banyak subjek yang duduk. Satu-satunya potret terkenal yang turut bertemakan keluarga adalah Portret Keluarga, yang telah anda lihat awal tadi di galeri sebelumnya.
Keluarga Hakka mencerminkan kesungguhan Chen untuk merakamkan perkara biasa seharian. Karya ini amat penting kepada Chen dan telah muncul sebagai satu ciri utama dalam semua pameran solo beliau selepas ia dihasilkan.
Artwork details
- Artwork Title
- Hakka Family
- Artist
- Georgette Chen